Kursus : HE23 : Kewangan Islam Matlamat Hidup Seorang Muslim ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Matlamat Hidup Seorang Muslim

Matlamat Hidup Seorang Muslim

Assalamu'alaikum..salam Jumaat kepada warga kampus...

Kita sedia maklum bahawa seorang muslim itu mempunyai matlamat hidup sebenar. Matlamat yang dimaksudkan adalah target kehidupan yang bagaimana diinginkan. Daripada itu, kita haruslah :

Muslim dari aspek Akidah : Akidah bermaksud simpulan, ikatan atau pegangan. Maka perkara ini harus lepas. Kita harus yakin dengan kewujudan ALLAH. Andai nombor bermula dengan nombor dua, harus ada dahulu nombor satu. Andai ada nombor satu, sebelumnya itu adalah sifar. Dan kita dapat memikirkan, siapakah yang mewujudkan 1 dan 2 sedangkan mulanya adalah sifar?? Begitu juga dengan oksigen yang difotosintesiskan daripada dedaunan hijau. Kita menghirup gas oksigen untuk respirasi pernafasan. Kita dapat merasakan udara tersebut, namun tidak dapat melihatnya. Maka yakinlah, tiap kewujudan itu, ALLAH PenciptaNya. Allah Maha Hebat.

Muslim dari aspek ibadah : Ibadah merupakan satu medium yang luas untuk diertikan. Solat 5 waktu adalah perkara wajib setelah kita mengucap dua kalimah syahadah. Setiap kerdipan mata juga adalah ibadah. Jalan, makan, tidur, belajar dan sebagainya adalah ibadah apabila kita berniat melakukannya kerana ALLAH.

Muslim dari aspek Akhlak : Peribadi mulia adalah pakaian bagi orang muslim. Selaku orang muslim kita harus memastikan bahawa akhlak yang ada pada kita bukanlah akhlak jahiliyah. Jangan kita biarkan akhlak kita dijajah dengan ideologi barat. Jadilah ikutan Rasulullah, itulah yang terbaik.

Muslim dari aspek Keluarga : Menerusi aspek ini, perkara yang menjadi pokok pangkalnya adalah peranan ibu bapa.
Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika baik corak yang dilukis, maka cantiklah akhlak seseorang itu.




Setakat ini dahulu perkongsian Sekretariat Masjid. Di harap kita semua hidup dalam naungan Illahi dan sentiasa berusaha mendapatkan redhaNYA. Wallahu'alam~
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More