[Poster] Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1433H

Ayuh tingkatkan kecintaan kita terhadap Al-Quran di bulan Ramadhan ini!

[Ramadhan] Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna~

Poster Ramadhan SM UMSKAL

Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Salam Imtihan!

Man Jadda Wa Jadda~

Kita Peduli!

Ambillah Peduli Isu Syria

Gotong Royong Perdana Sekretariat Masjid

Bergotong-royong amalan mulia~

Diskusi Ilmiah Mingguan (Usrah)

Usrah tunjang perjuangan!

Ayuh Syabab!

Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk [Surah Al-Kahfi : 13].

Solat Berjemaah.

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat [Bukhari dan Muslim].

Solat Hajat Perdana 2012 : Munajat Imtihan

Ku Suluh Jalan Menuju RedhaMu.

10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hari Nakba

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin

  • Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.
2. Peristiwa traumatik ini mewujudkan krisis pelarian Palestin

  • 2/3 daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. 
  • Dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. 
  • Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel

  • Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.
  • ‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. 
  • Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."


4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah

  • Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.



5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati

  • Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.
  • Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “


6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel

  • Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. 
  • Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.
  • Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel.
  • Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
  • Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. 
  • Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.


7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia

  • Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.


8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa

  • Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. 
  • Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. 
  • Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.


9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah

  • Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel.
  • Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".


10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika

  • Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. 
  • Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." 
  • Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ 
  • Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.



Dan tahukah anda bahawa para tentera Isreal menghapus dan melenyapkan hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta?!

"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

NAKBA, hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL! 

Disediakan oleh,
Lajnah Penerangan & Penerbitan,
Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
2012/2013

Kotornya hati aku..bagaimana mahu menyucikan??


Cara Utk Menyucikan Hati


Ayu bertanya:

salam. sy seorg pelajar..dan blh dikatakan hidup saya dipenuhi kesedihan dan kekecewaan kerana dihantui masa silam. soalan saya..bagaimana cara utk menyucikan hati...membersihkan hati..di luar waktu solat..fikiran sy sering sedih dan kecewa..

Jawapan hamba Allah :

Setiap hari berjuta2 sel2 didalam badan kita bertukar ganti, ada yg bertukar setiap saat, ada yg beberapa hari dan ada yg beberapa minggu dan bulan, boleh dikatakan selepas beberapa bulan keseluruhan badan kita yg kita "tumpang" ini adalah badan yg baru. Akan tetapi dengan pemikiran yg sama, kita akan tetap mempunyai perasaan yg sama, akan melakukan perkara2 yg sama malah corak kehidupan kita juga akan tetap sama. Kita tidak boleh mempunyai fikiran yg sama tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza.

Bagaimana untuk mengalihan fikiran dari perkara2 silam? Caranya adalah dengan mengubah persepsi kita terhadap apa yg telah terjadi. Sebenarnya semakin kita mengingatinya, semakin kita melatih jaringan2 neuron diotak agar semakin kuat dan jika kita tidak berhenti, ianya akan menjadi suatu kebiasaan dan amat sukar lagi dilupakan. Umpama belajar menunggang basikal, selepas dapat mengawal imbangan, menunggang selepas itu sudah menjadi automatik, jika kes basikal itu sesuatu yg baik, kes hidup dalam kesedihan akan membawa kita kearah yg lebih teruk. Tidak dinafikan memang agak sukar untuk melupakan perkara tersebut lebih2 lagi jika ianya diikuti oleh emosi, akan tetapi ianya bukanlah sesuatu yg mustahil.

Sel2 hippocampus (bahagian otak yg berkait dengan pembelajaran dan mengenali benda2 baru) mengambil masa lebih kurang sebulan untuk bertukar baru, agak aneh juga ubat2 untuk depression seperti Prozac mengambil masa yg lebih kurang sama untuk memberi kesan, pemikiran yg baru akan memberi sel2 baru "input" yg berlainan dan akan mula belajar perkara2 baru untuk difokuskan. Alhamdulillah, puasa yg Allah perintahkan selama sebulan juga berkait rapat kerana jika kita boleh belajar untuk bersabar selama sebulan, maka selepas habis berpuasa, sifat2 sabar itu akan membentuk diri kita yg baru iaitu lebih bersabar.

Tiada kejadian yg Allah jadikan itu tiada kebaikannya, sentiasa fikirkan, adakah Allah yg kita sebuat2 "Ar rahim" itu sanggup menyakiti hambaNya yg lemah ini?

Barangkali kita menuju kearah yg salah didalam kehidupan dan Allah melencongkan kita kembali kejalan yg benar atau pun jalan yg kita pinta (Al Fatihah 1:6)

Barangkali kita pernah berdosa sebelum ini yg kita sudah terlupa (malaikat dibahu tidak) dan Allah memberi balasan kepada kita semasa didunia lagi dan tidak diakhirat kerana balasan diakhirat beribu2 kali amat dahsyat lagi berbanding didunia,(Al Isra 17:7).

Barangkali Allah ingin memberikan kita sesuatu yg lebih baik lagi dari apa yg kita ingini tetapi tidak tercapai, ketahuilah bahawa hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita. (Albaqarah 2:216)

Barangkali Allah mahu menduga kita dan menguji tahap keimanan kita, ini berlaku juga pada nabi2. (Al Ankabut 29:2)

Malah jika apa yg terjadi adalah disebabkan kelalaian kita sendiri yg terpengaruh dengan bisikan syaitan, bukankah Allah itu maha pengampun? Dimana iman kita? Adakah hanya percaya Allah itu tuhan tetapi tidak percaya Allah itu akan sifat2Nya?

Jika kita ubah persepsi kita terhadap apa yg terjadi kepada semua2 kebarangkalian tersebut, kita akan mempunyai corak pemikiran yg berbeza, berbeza corak pemikiran, jaringan2 neuron diotak yg berlainan akan berfungsi, ini akan memberi maklumat yg berlainan kepada badan baik dari signal kimia emosi mahupun melalui saraf. Hasilnya apabila sel2 badan membahagi dua kepada sel2 yg baru, sel2 ini akan mendapat arahan yg berbeza, mengubah perlakuan baik dr minda sedar mahupun minda separa sedar dan membina kembali tubuh dengan kumpulan sel2 baru.

Solat yg khusuk dan fokus kepada bacaan dan pergerakan, melatih minda sedar dan minda separuh sedar untuk menjadi satu. Kita tidak boleh berkata aku mahu berubah akan tetapi hati masih teringat perkara lama, umpama solat dengan minda berkhayal ketempat lain jadi apabila diluar solat, amat payah untuk berubah dari melupakan apa yg telah terjadi.

Bersangka baiklah kepada Allah, apa yg terjadi itu ada kebaiknya yg kita tidak nampak lagi, bersedih dan merungut menyesali apa yg terjadi hanyalah menunjukkan ketidaksyukuran kita terhadap apa yg Allah rencanakan untuk kita, yg mana sudah semestinya yg terbaik. Alhamdulillah.


SORRY Valentine's Day IM A MUSLIM

Dr. Zakir Naik

How did Valentine’s Day originate?

Valentine’s Day also known as the ‘Festival of Love’ of the pagan Romans dates back to the 17th century when paganism was on the rise in Rome. The Christian heirs of the era have associated many myths and legends with this Roman festival based on ‘spiritual love’. The most popular of these myths was about Romulus who was the founder of Rome. Romans believed that once he was suckled by a female wolf.

Every year this event was celebrated by Romans in mid-February with a big festival in which a goat and a dog was sacrificed. The blood of these sacrificed animals was then smeared on the bodies of two strong, muscular youths and washed away with milk. After this ritual the two men would lead a huge parade on the streets with pieces of leather in their hands. They used the leather pieces to hit anyone who came in their way. Roman women welcomed these blows as they believed that it would cure or prevent infertility.


The link between St. Valentine and pagan Roman festival:
Written by Stand Up For Muslim

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient “martyrs” of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory. When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of “spiritual love” to another concept known as the “martyrs of love”, represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of LOVERS.
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called “Valentine’s books”, which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
It was also said concerning the origins of this holiday that when the Romans became Christian, after Christianity had become widespread, the Roman emperor Claudius II decreed in the third century CE that soldiers should not get married, because marriage would distract them from the wars they used to fight. This decree was opposed by Saint Valentine, who started to perform marriages for the soldiers in secret. When the emperor found out about that, he threw him in jail and sentenced him to execution. In prison, he (Saint Valentine) fell in love with the jailer’s daughter, but this was a secret because according to Christian laws, priests and monks were forbidden to marry or fall in love. But he is still regarded highly by the Christians because of his steadfastness in adhering to Christianity when the emperor offered to pardon him if he forsook Christianity and worshipped the Roman gods; then he would be one of his closest confidantes and he would make him his son-in-law. But Valentine refused this offer and preferred Christianity, so he was executed on 14 February 270 CE, on the eve of February 15, the festival of Lupercalis. So this day was named for this saint.
In The Story of Civilisation, it says that the Church devised a calendar in which every day was designated as the feast day of one of the saints. In England, Saint Valentine’s Day was to come at the end of winter. When that day came, according to them, the birds mated enthusiastically in the forests, and the young men would put flowers on the windowsills of the homes of the girls whom they loved. (The Story of Civilization by Will Durant, 15/23). The Pope designated the day of the death of Saint Valentine, February 14, 270 CE, as a festival of love.

Islam’s stance on the celebration of Valentine’s Day
Islam teaches us true love and cooperation for that which is good and righteous. There are forms of love in Islam that are acceptable while others are not. We must be aware that love for Allah and His Prophet (PBUH) must be given the highest priority over all other forms of love.

There are occasions in Islam that increase love between people and bring them closer to each other. However, Islam prohibits us to blindly follow the West by adopting their customs and traditions such as the celebration of the Valentine’s Day. Therefore commemorating and promoting that special occasion of Valentine’s Day is permissible or innovation and has no place in our religion. Islam totally rejects all such innovations. Islam encourages us to love one another all the time throughout the year, and limiting the whole year to a single day is illogical.

There is evidence in Quran and Hadith that supports the statements mentioned above:

“And whoever seeks a religion other than Islam, it will never be accepted of Him, and in the Hereafter he will be one of the losers"
 [Aal ‘Imraan 3:85]

And the Prophet (PBUH) had said that groups of his ummah would follow the enemies of Allah in some of their rituals and customs, as it is stated in a hadith of Abu Sa’eed al-Khudri, who narrated that the Prophet (PBUH) said:
 “You will certainly follow the ways of those who came before you, span by span, cubit by cubit, until even if they were to enter a lizard’s hole, you would follow them.” We said, “O Messenger of Allah, (do you mean) the Jews and Christians?” He said, “Who else?!”

(Narrated by al-Bukhaari in al-I’tisaam bi’l-Kitaab wa’l-Sunnah, Baab Qawl al-Nabi (peace and blessings of Allah be upon him) La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; and by Muslim in Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l-Nasaara, 4/2054)

What the Prophet (PBUH) told us 1400 years ago has indeed come true in recent times. Many Muslims today follow the enemies of Allah by imitating some of their rituals, customs and that includes the celebration of Valentine’s Day.

Muslims should avoid celebrating this occasion by:

1- Not expressing joy and happiness on this occasion.

2- Not exchanging red roses, which represent the ‘spiritual love’ of the pagans or the ‘love’ of the Christians. Hence it is known to them as the Feast of Lovers.

3- Not sending greeting cards as some of their cards have pictures of “Cupid” (a child with two wings carrying bows and arrows). This was the god of love of the pagan Romans.

4- Not exchanging words of love and desire in the cards or verbally. Some of the cards contain the words ‘be my Valentine’. This is the Christian concept of this festival after they adopted from the pagan Romans.

5- Not attending dance parties with mixed gatherings which lead to immoral activities that prohibited in Islam.


Why Muslims should not celebrate this festival.
In Islam, the festivals are clearly defined and well established, and no additions or subtractions may be accepted. They have been prescribed for us by Allah and His Messenger (PBUH).

"To each among you, We have prescribed a law and a clear way.."
 [al-Maa’idah 5:48]

"For every nation We have ordained religious ceremonies which they must follow.."
 [Al-Hajj 22:67]

Agreeing with the whole festival is like agreeing with kufr (non-believer of Allah and His Messenger). Agreeing with some of their minor issues is the same as agreeing with them in some of the branches of kufr. Festivals are the most distinctive things which differentiate religions, so participating in their festivals is like agreeing with the most distinctive rituals of kufr.

Imitating the non-believers in general –whether they are idol-worshippers or People of the Book is unlawful. This is indicated by the Qur’aan, Sunnah and ijmaa’ (scholarly consensus):

“And be not as those who divided and differed among themselves after the clear proofs had come to them. It is they for whom there is an awful torment”
 [Aal ‘Imraan 3:105]

From the Sunnah: the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:
“Whoever imitates a people is one of them.” 
(narrated by Ahmad, 2/50; Abu Dawood, 4021)

Prohibition of imitation the Non-believers is one of the basic tenets of the Islamic law. Allah sent His Messenger with guidance and the true religion so that it might prevail over all other religions, and Allah has perfected His religion for mankind.

“This day, I (Allah) have perfected your religion for you, completed My Favor upon you, and have chosen for you Islam as your religion” [al-Maa’idah 5:3].

Allah has made Islam perfect as it satisfies all human interests at all times, in all places and for all people. Why then do we need to adopt the ways of the Non-believers? 

Finally, we need to look at the context in which Valentine’s Day has taken hold in the modern world. Although it is focused around expressing love, Valentine’s Day sets no boundaries. There are many boys and girls, men and women, who start off illicit relationships, outside of marriage, through Valentine’s Day. People send Valentine’s cards to each other, hinting to them at ‘secret loves and crushes’, encouraging the other party to look into this further, teasing their curiosity, which ends up indirectly (or even directly) promoting fornication and adultery (zina).
Muslims do express love but they do this in a right way (Halal), amongst husband and wife, in Halal relationships and without crossing boundaries that have been put in place, with infinite Wisdom, by Allah. We do not restrict this to a single day and are instructed to be kind and generous and considerate to our spouses at all times.

Resources : http://www.haqforum.com and Stand Up 4 Islam.

Below is a recorded lecture from the famous Ustaz Azhar Idrus. Lets hear what he has to say about Muslim celebrating Valentine's Day.



P/S: Entire script was not written to hurt any individual or group of believers. This message is written to inform and remind Muslims about what Allah has clearly written what is permissible in Islam.

Ijazah VS Risalah?


Risalah Itu Perlu Disampaikan

Memang telah menjadi tanggungjawab mereka yang bergelar "Muslim" dan "Mukmin" untuk menyeru kepada kebenaran dan berusaha untuk meninggalkan kemungkaran. Tidak kiralah keadaan apa sekali pun. Bujang senang? Sudah berpunya? Telah bertunang? Anak keliling pinggang? Ya, TIDAK KIRA apa pun keadaan kita, ia sudah menjadi tanggungjawab untuk kita tunaikan.

Dakwah itu Wajib!

"Serulah manusia ke jalan Rabb-mu (Allah) dengan jalan hikmah (hujjah) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik"
[Surah An-Nahl : 125]

Maka dengan adanya perkataan 'wajib' itulah kita mesti laksanakan ia. Dan tidak semestinya ia terlaksana di masjid, dalam usrah, tazkirah dalam kuliah atau sebagainya, walhal dalam kita menjalani kehidupan seharian kita juga Allah memberi kita peluang untuk kita menyampaikan dakwah itu.

"Saya ini bukan jenis yang hebat dalam agama. Alim? Jauh sekali. Macamana nak dakwah?"

Seringkali terlafaz kata-kata seumpama ini untuk dijadikan alasan.

Ya, dakwah perlukan ilmu. Tidak dinafikan. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Apa yang penting dalam dakwah adalah kita ada niat dan usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah sekaligus membawa manusia yang berada di sekeliling untuk bersama kita. 

Boleh sahaja dakwah itu dalam bentuk kita menunjukkan akhlak yang baik kepada sekeliling. Berpakaian kemas, berdisiplin dan sebagainya. Itu merupakan salah satu cabang dakwah bahkan ia juga merupakan cara atau uslub yang seringkali Rasulullah S.A.W praktikkan.

Akan tetapi, biarlah kita berdakwah dengan kemahuan yang ada pada diri, bukannya sebab terpaksa, disuruh atau sebagainya. Biarkan diri ini merasa kenikmatan di dalam melakukannya sehinggakan pada satu tahap kita terasa kosong dan sepi tatkala mana kita tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Apabila rasa nikmat ini sudah dalam ada dalam diri, maka timbullah satu istilah yang hebat,"ISTIQAMAH!".

Description: http://1.bp.blogspot.com/-D_KhsVk6zqs/TnthFNfcjcI/AAAAAAAAAOY/RNJX-ECAgaw/s400/20081124224101_img_9060.jpg
Mengajak mentadabbur alam juga salah satu daripada cabang dakwah. SubhanaAllah~

Senang? Tidak Sama Sekali!

"Aku busylah hari ini. Kelas sampai malam, mungkin lain kalilah pergi masjid ya. Aku tak mahu ketinggalan kelas"

"Kau pergilah dulu ya. Kalau ada kesempatan, adalah aku kat masjid tu. Kalau tak ada, aku sibuklah masa tu. Maklumlah, assignment bertimbun belum siap lagi"

Memang tidak senang!  

Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri menghadapi kesulitan dalam menyampaikan risalah Allah, apa lagi kita yang sekadar hamba Allah yang biasa ini.

Tapi, setiap kesulitan itu pasti ada kesenangannya bukan?

Jadi mengapa perlu kita merungut? Ada yang mengatakan bahawa dakwah ini hanya membuang masa dan tenaga kudrat sebab mad'u yang kita ajak tidak memberikan respon seperti yang kita harapkan.

Maka perkara itulah yang hanya akan menjauhkan diri kita daripada Allah!

Astaghfirullah~

Perlu diketahui, jalan ke neraka itu dikelilingi dengan kesenangan dan kemudahan. Manakala, jalan ke syurga penuh dengan duri, penat lelah, kesukaran dan perkara yang sama waktu dengannya.

Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, jangan sekali-kali mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau kita mengajak kawan makan pun akan ditolak?

Berdakwah untuk 'memberi' bukannya untuk 'menerima'.

Maka, bersabarlah~

Mengenal Erti Penyampaian Risalah dalam Mengejar Segulung Ijazah

Bagaimana?

Pelbagai cara. 

Contoh?

Kaitkan apa yang diajar dengan dakwah dan tarbiyah, kemudian sampaikan kepada sahabat-sahabat.

Kita ambil contoh, dari skop Biologi.

Tubuh badan kita mempunyai satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem imunisasi.

Semasa badan kita mengalami kesakitan atau penyakit, satu sel akan terkeluar daripada badan kita untuk melawan segala virus-virus yang datang daripada penyakit itu. Dan semakin kerap kita sakit, semakin kuat pertahanan badan kita terhadap penyakit itu.

Cuba situasi ini kita lihat dari kaca mata tarbiyah dan dakwah.

Dalam kehidupan kita ini, seringkali kita diberi ujian daripada Allah yang mana kita tahu ia bertujuan untuk mentarbiyah kita.

Semasa kita mengalami dan merasakan ujian tersebut, satu kesedaran akan timbul daripada kita sendiri untuk membuatkan diri kita cekal dan tabah menghadapinya. Dan semakin kerap kita diberi ujian, semakin kuat pertahanan badan dan rohani kita untuk menghadapi ujian yang diberikan.

Mudah bukan?

Kemudian, benda tersebut disampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain agar mereka lebiih memahami hakikat kehidupan sebenar.

Maka, dakwah itu terlaksana di situ.

Membantu AgamaNya, Kita Akan Dibantu

Seorang sahabat yang saya kenali ketika masih menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), seorang yang hebat dari segi dakwahnya, hebat berkata-kata. Ditakdirkan untuk mengambil kos Perakaunan dan untuk menjadikan cerita ini lebih menarik, dia langsung tidak mempunyai asas dalam bidang tersebut.

Tapi yang takjubnya, semester pertama sahaja pointernya sudah mencapai 3.5 ke atas, belum dinyatakan lagi pointer semester kedua yang mencapai 3.9 ke atas. Di samping pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek yang lain.

Mengapa?

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad : 7)

Jadi, mengapa perlu disia-siakan peluang ini, sedangkan Allah sudah berjanji?

Kesimpulan
Perlu diketahui, dalam menyampaikan risalah, kita tidak boleh meninggalkan misi mendapatkan segulung ijazah. Kedua-dua misi ini perlu seiring dan sejalan.

"Tidak salah untuk kita berdakwah, tapi jangan tinggalkan study. Dan tidak salah kita dahulukan study kerana ia juga bermanfaat untuk dakwah dan agama. Tapi perlu seimbangkan benda tersebut. Ingat! Dakwah nombor satu, tapi akademik bukan nombor dua tahu!"

Mengimbau kembali pesanan naqib di sekolah menengah dahulu.
Maka, "risalah DAN ijazah" ataupun "risalah ATAU ijazah"?

Mohd Shahfieq bin Sabdin
Presiden,
Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
2012/2013

Sumber : www.shafztokalong.blogspot.com

Hiburan dalam Islam : Suatu Penjelasan


Islam merupakan agama yang menyeluruh secara duniawi dan ukhrawi dalam menenuhi keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat. Aspek rohani dan fizikal yang terkandung dalam ajaran Islam menepati keperluan kehidupan umat sejagat. Ajarannya tidak hanya menumpukan kepada ibadat khusus semata-mata dalam menilai ketaatan dan keingkaran hamba-Nya malah ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan keinginan manusia. Syariat Islam juga turut memenuhi fitrah manusia yang sukakan hiburan yang menjurus kepada keinginan berada dalam keadaan gembira.
Kekeliruan berlaku apabila umat Islam keliru jenis hiburan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan mengikut syarak. Aspek ini perlu diperjelaskan dan diperhalusi bersama agar segala bentuk hiburan yang dinikmati atas anugerah Allah itu benar-benar mengikut ketetapan ajaran Islam.

APAKAH HUKUM MENDENGAR MUZIK DAN APAKAH HUKUMNYA PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN??

Menurut ulama’ feqah,nyanyian ada yang diharamkan dan ada yang dihalalkan.

1.NYANYIAN HARAM

Nyanyian haram berdasarkan pada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian,iaitu nyanyian yang disertai dengan kemaksiatan atau kemungkaran,baik berupa perkataan(qaul),perbuatan(fi’il),atau sesuatu yang diharamkan,misalnya disertai khamr(arak),pintu ke arah zina,penampakan aurat,ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan) atau senikatanya yang bertentangan dengan syarak.Misalnya mengajak kepada perhubungan bebas,mendokong pergaulan bebas,memprogandakan sekularisme,liberalisme,nasionalisme dan sebagainya.

2. NYANYIAN HALAL

Nyanyian halal berdasarkan pada dalil-dalil yang menghalalkan ,iaitu nyanyian yang kriterianya adalah bersih dari unsur kemaksiatan dan kemungkaran.Misalnya nyanyian yang senikatanya memuji sifat-sifat Allah SWT,mendorong orang meneladani Rasul,mengajak taubat dari judi,mengajak menuntut ilmu,menceritakan keindahan alam semesta dan semisalnya.

HUKUM MENDENGAR MUZIK SECARA LANGSUNG (LIVE)

Pada dasarnya hukum mendengar muzik secara live seperti show di auditorium pertunjukan konsert,di dataran dan sebagainya,hukumnya sama dengan mendengarkan nyanyian secara interaktif.Asal hukumnya adalah terletak pada samada wujud atau tidaknya unsur kemaksiatan atau kemungkaran dalam perlaksanaannya.Jika terdapat unsur kemaksiatan atau kemungkaran,misalnya senikatanya tidak Islami,terjadi ikhtilat atau terjadinya penampakan aurat maka hukumnya haram.

            Menurut Dr.Abdurrahman al-Baghdadi (Seni Dalam Pandangan Islam,hal. 74-76) dan Syeikh Muhammad asy-Syuwaiki (Al-Khalash wa Ikhtilaf an-Nas,hal. 107-108),hukum mendengar muzik melalui media TV,radio dan alat-alat elektronik lain tidak sama hukumnya dengan mendengar muzik secara live.Hukum asalnya adalah mubah (harus),walau bagaimanapun ia bergantung pada bentuk muzik atau nyanyian yang ada dalam media tersebut.Keharusannya itu adalah berdasarkan pada hukum pemanfaatan benda tersebut (TV,kaset,VCD dan lain-lain) iaitu harus.Kaedah syar’iyah mengenai hukum asal pemanfaatan benda tersebut menyebutkan “Hukum asal benda-benda adalah boleh selama tidak terdapat dalil yang mengharamkannya”
(Dr. Abdurrahman al-Baghdadi,Seni Dalam Pandangan Islam,hal. 76)

            Namun demikian,meskipun asalnya adalah harus namun hukumnya boleh menjadi haram apabila terdapat faktor-faktor yang kuat yang boleh menjerumuskan manusia kepada perbuatan yang haram atau mengakibatkan seseorang itu melalaikan kewajipannya seperti meninggalkan solat.Kaedah syar’iyah menetapkan “Segala sesuatu perantaraan kepada yang haram,hukumnya haram juga”(Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani,Muqadimah ad-Dustur,hal. 86)



PEDOMAN UMUM NYANYIAN DAN MUZIK BERUNSUR ISLAMIK

            Pedoman ini disusun atas dasar prinsip bahawa nyanyian dan muzik islamik perlulah bersih dari segala unsur kemaksiatan atau kemungkaran seperti dihuraikan di atas. Sekurang-kurangnya ada 4 komponen utama yang harus diislamisasikan hingga terbentuk sebuah nyanyian atau alunan muzik yang indah (Islamik):

- Penyanyi
- Instrumen (alat muzik)
- Senikata dalam lagu
- Waktu dan tempat

1.PENYANYI

   Bertujuan menghibur dan menggalakkan perbuatan baik (khair/ma’ruf) dan menghapus kemaksiatan,kemungkaran dan kezaliman. Misalnya mengajak jihad fi sabilillah,mendirikan masyarakat Islam,menentang judi,menentang pergaulan bebas,menentang berpacaran,menentang kezaliman penguasa sekular dan lain-lain.
   Tidak ada unsur tasyabuh bil-kufar(meniru orang kafir dalam masalah yang bersangkut pautdengan sifat khas kekufurannya) baik dalam penampilan mahupun berpakaian. Misalnya mengenakan lambang salib,berpakaian kebaratan seperi black metal,punk,skin head yang rosak dari segi akidah dan iman.
  Tidak menyalahi ketentuan syara’ seperti artis wanita yang tampil menampakkan aurat,berpakaian ketat dan jarang dan menggayakan dengan gaya yang ghairah. Selain daripada itu adalah lelaki yang memakai pakaian seumpama wanita atau aksesori wanita,begitu juga sebaliknya. Ini semua adalah haram.

2.INSTRUMEN /ALAT MUZIK
Menurut para ulama’,setelah diteliti instrumen atau alat muzik yang digunakan oleh para sahabat,maka diantara alat muzik yang diharuskan berdasarkan bentuk dan sifat adalah:

Memberi kemaslahatan bagi pemain ataupun pendengarnya. Salah satu bentuknya seperti gendang,untuk membangkitkan semangat
Tidak ada unsure tasyabbuh bil-kuffar dengan alat muzik atau bunyi instrumen yang biasa dijadikan alat upacara non-muslim.

Dalam hal ini,instrumen yang digunakan sangat relative bergantung kepada niat pemainnya,dan perlu diingat hukum asal alat muzik adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Menurut pandangan ulama’ kontemporari (terkini), selagi alat muzik itu tidak melalaikn kita dan tidak mengingatkan kepada majlis-majlis arak atau perempuan bogel menari seumpama zaman jahiliyyah maka hukumnya harus.

3.SENIKATA DALAM LAGU

Mestilah mengandungi:
- Amar ma’ruf (menuntut keadilan,perdamaian,kebenaran dan sebagainya) dan nahi munkar (menghalang kezaliman,membanteras kemaksiatan dan sebagainya).
- Memuji Allah,Rasul-Nya dan ciptaan-Nya
- Berisi ‘ibrah dan mendatangkan kesedaran manusia sebagai hamba Allah.
- Hal-hal mubah yang tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam

Tidak mengandungi:
- Amar munkar (mengajak berkasih-kasihan atau couple dan sebagainya)
- Mencela Allah dan Rasul-Nya dan ciptaan-Nya
- Mempunyai “ubat bius” yang boleh menghilangkan kesedaran manusia sebagai hamba Allah.
- Ungkapan yang dicela oleh agama (lucah dan sebagainya)
- Segala hal yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam.

4.WAKTU DAN TEMPAT

Waktu yang diharuskan adalah sempena perayaan dan sambutan yang menggambarkan kegembiraan (waqtu sururin) seperti majlis pernikahan,hari raya,kehadiran saudara mara ke rumah, kenduri kesyukuran dan sebagainya.
Tidak melalaikan atau mengganggu waktu beribadah (solat yang wajib)
Tidak mengganggu orang lain (baik dari segi waktu mahupun tempat)
Lelaki dan wanita wajib ditempatkan di tempat yang berlainan atau terpisah dan tidak boleh ikhtilat.
            Secara kesimpulannya,hiburan adalah dibenarkan didalam Islam cuma ia perlulah berlandaskan syariat dan berpandukan kepada batas-batas yang telah digariskan didalam Islam. Kelalaian,kealpaan,pembaziran,munafik dan syirik hanya akan mendatangkan keburukan kepada umat manusia dimana tiada keberkatan Allah didalam hidup dan menghindari sesuatu kebatilan itu merupakan satu pahala. Berpegang pada konsep Islam iaitu iman,amal dan ihsan mampu menguatkan hati dalam mencintai Allah S.W.T lebih dari segalanya. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat.

Rujukan  :          Ahmad Munawir bin Salehuddin
                           B.A hons Usuluddin (tafsir) Universiti Al-Azhar Mesir
                           Dip. Pendidikan b.arab M.P.I Bangi
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More