Kursus : HE23 : Kewangan Islam Hiburan dalam Islam : Suatu Penjelasan ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Hiburan dalam Islam : Suatu Penjelasan

Hiburan dalam Islam : Suatu Penjelasan


Islam merupakan agama yang menyeluruh secara duniawi dan ukhrawi dalam menenuhi keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat. Aspek rohani dan fizikal yang terkandung dalam ajaran Islam menepati keperluan kehidupan umat sejagat. Ajarannya tidak hanya menumpukan kepada ibadat khusus semata-mata dalam menilai ketaatan dan keingkaran hamba-Nya malah ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan keinginan manusia. Syariat Islam juga turut memenuhi fitrah manusia yang sukakan hiburan yang menjurus kepada keinginan berada dalam keadaan gembira.
Kekeliruan berlaku apabila umat Islam keliru jenis hiburan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan mengikut syarak. Aspek ini perlu diperjelaskan dan diperhalusi bersama agar segala bentuk hiburan yang dinikmati atas anugerah Allah itu benar-benar mengikut ketetapan ajaran Islam.

APAKAH HUKUM MENDENGAR MUZIK DAN APAKAH HUKUMNYA PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN??

Menurut ulama’ feqah,nyanyian ada yang diharamkan dan ada yang dihalalkan.

1.NYANYIAN HARAM

Nyanyian haram berdasarkan pada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian,iaitu nyanyian yang disertai dengan kemaksiatan atau kemungkaran,baik berupa perkataan(qaul),perbuatan(fi’il),atau sesuatu yang diharamkan,misalnya disertai khamr(arak),pintu ke arah zina,penampakan aurat,ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan) atau senikatanya yang bertentangan dengan syarak.Misalnya mengajak kepada perhubungan bebas,mendokong pergaulan bebas,memprogandakan sekularisme,liberalisme,nasionalisme dan sebagainya.

2. NYANYIAN HALAL

Nyanyian halal berdasarkan pada dalil-dalil yang menghalalkan ,iaitu nyanyian yang kriterianya adalah bersih dari unsur kemaksiatan dan kemungkaran.Misalnya nyanyian yang senikatanya memuji sifat-sifat Allah SWT,mendorong orang meneladani Rasul,mengajak taubat dari judi,mengajak menuntut ilmu,menceritakan keindahan alam semesta dan semisalnya.

HUKUM MENDENGAR MUZIK SECARA LANGSUNG (LIVE)

Pada dasarnya hukum mendengar muzik secara live seperti show di auditorium pertunjukan konsert,di dataran dan sebagainya,hukumnya sama dengan mendengarkan nyanyian secara interaktif.Asal hukumnya adalah terletak pada samada wujud atau tidaknya unsur kemaksiatan atau kemungkaran dalam perlaksanaannya.Jika terdapat unsur kemaksiatan atau kemungkaran,misalnya senikatanya tidak Islami,terjadi ikhtilat atau terjadinya penampakan aurat maka hukumnya haram.

            Menurut Dr.Abdurrahman al-Baghdadi (Seni Dalam Pandangan Islam,hal. 74-76) dan Syeikh Muhammad asy-Syuwaiki (Al-Khalash wa Ikhtilaf an-Nas,hal. 107-108),hukum mendengar muzik melalui media TV,radio dan alat-alat elektronik lain tidak sama hukumnya dengan mendengar muzik secara live.Hukum asalnya adalah mubah (harus),walau bagaimanapun ia bergantung pada bentuk muzik atau nyanyian yang ada dalam media tersebut.Keharusannya itu adalah berdasarkan pada hukum pemanfaatan benda tersebut (TV,kaset,VCD dan lain-lain) iaitu harus.Kaedah syar’iyah mengenai hukum asal pemanfaatan benda tersebut menyebutkan “Hukum asal benda-benda adalah boleh selama tidak terdapat dalil yang mengharamkannya”
(Dr. Abdurrahman al-Baghdadi,Seni Dalam Pandangan Islam,hal. 76)

            Namun demikian,meskipun asalnya adalah harus namun hukumnya boleh menjadi haram apabila terdapat faktor-faktor yang kuat yang boleh menjerumuskan manusia kepada perbuatan yang haram atau mengakibatkan seseorang itu melalaikan kewajipannya seperti meninggalkan solat.Kaedah syar’iyah menetapkan “Segala sesuatu perantaraan kepada yang haram,hukumnya haram juga”(Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani,Muqadimah ad-Dustur,hal. 86)



PEDOMAN UMUM NYANYIAN DAN MUZIK BERUNSUR ISLAMIK

            Pedoman ini disusun atas dasar prinsip bahawa nyanyian dan muzik islamik perlulah bersih dari segala unsur kemaksiatan atau kemungkaran seperti dihuraikan di atas. Sekurang-kurangnya ada 4 komponen utama yang harus diislamisasikan hingga terbentuk sebuah nyanyian atau alunan muzik yang indah (Islamik):

- Penyanyi
- Instrumen (alat muzik)
- Senikata dalam lagu
- Waktu dan tempat

1.PENYANYI

   Bertujuan menghibur dan menggalakkan perbuatan baik (khair/ma’ruf) dan menghapus kemaksiatan,kemungkaran dan kezaliman. Misalnya mengajak jihad fi sabilillah,mendirikan masyarakat Islam,menentang judi,menentang pergaulan bebas,menentang berpacaran,menentang kezaliman penguasa sekular dan lain-lain.
   Tidak ada unsur tasyabuh bil-kufar(meniru orang kafir dalam masalah yang bersangkut pautdengan sifat khas kekufurannya) baik dalam penampilan mahupun berpakaian. Misalnya mengenakan lambang salib,berpakaian kebaratan seperi black metal,punk,skin head yang rosak dari segi akidah dan iman.
  Tidak menyalahi ketentuan syara’ seperti artis wanita yang tampil menampakkan aurat,berpakaian ketat dan jarang dan menggayakan dengan gaya yang ghairah. Selain daripada itu adalah lelaki yang memakai pakaian seumpama wanita atau aksesori wanita,begitu juga sebaliknya. Ini semua adalah haram.

2.INSTRUMEN /ALAT MUZIK
Menurut para ulama’,setelah diteliti instrumen atau alat muzik yang digunakan oleh para sahabat,maka diantara alat muzik yang diharuskan berdasarkan bentuk dan sifat adalah:

Memberi kemaslahatan bagi pemain ataupun pendengarnya. Salah satu bentuknya seperti gendang,untuk membangkitkan semangat
Tidak ada unsure tasyabbuh bil-kuffar dengan alat muzik atau bunyi instrumen yang biasa dijadikan alat upacara non-muslim.

Dalam hal ini,instrumen yang digunakan sangat relative bergantung kepada niat pemainnya,dan perlu diingat hukum asal alat muzik adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Menurut pandangan ulama’ kontemporari (terkini), selagi alat muzik itu tidak melalaikn kita dan tidak mengingatkan kepada majlis-majlis arak atau perempuan bogel menari seumpama zaman jahiliyyah maka hukumnya harus.

3.SENIKATA DALAM LAGU

Mestilah mengandungi:
- Amar ma’ruf (menuntut keadilan,perdamaian,kebenaran dan sebagainya) dan nahi munkar (menghalang kezaliman,membanteras kemaksiatan dan sebagainya).
- Memuji Allah,Rasul-Nya dan ciptaan-Nya
- Berisi ‘ibrah dan mendatangkan kesedaran manusia sebagai hamba Allah.
- Hal-hal mubah yang tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam

Tidak mengandungi:
- Amar munkar (mengajak berkasih-kasihan atau couple dan sebagainya)
- Mencela Allah dan Rasul-Nya dan ciptaan-Nya
- Mempunyai “ubat bius” yang boleh menghilangkan kesedaran manusia sebagai hamba Allah.
- Ungkapan yang dicela oleh agama (lucah dan sebagainya)
- Segala hal yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam.

4.WAKTU DAN TEMPAT

Waktu yang diharuskan adalah sempena perayaan dan sambutan yang menggambarkan kegembiraan (waqtu sururin) seperti majlis pernikahan,hari raya,kehadiran saudara mara ke rumah, kenduri kesyukuran dan sebagainya.
Tidak melalaikan atau mengganggu waktu beribadah (solat yang wajib)
Tidak mengganggu orang lain (baik dari segi waktu mahupun tempat)
Lelaki dan wanita wajib ditempatkan di tempat yang berlainan atau terpisah dan tidak boleh ikhtilat.
            Secara kesimpulannya,hiburan adalah dibenarkan didalam Islam cuma ia perlulah berlandaskan syariat dan berpandukan kepada batas-batas yang telah digariskan didalam Islam. Kelalaian,kealpaan,pembaziran,munafik dan syirik hanya akan mendatangkan keburukan kepada umat manusia dimana tiada keberkatan Allah didalam hidup dan menghindari sesuatu kebatilan itu merupakan satu pahala. Berpegang pada konsep Islam iaitu iman,amal dan ihsan mampu menguatkan hati dalam mencintai Allah S.W.T lebih dari segalanya. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat.

Rujukan  :          Ahmad Munawir bin Salehuddin
                           B.A hons Usuluddin (tafsir) Universiti Al-Azhar Mesir
                           Dip. Pendidikan b.arab M.P.I Bangi
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More