Cara
Utk Menyucikan Hati
Ayu
bertanya:
salam.
sy seorg pelajar..dan blh dikatakan hidup saya dipenuhi kesedihan dan
kekecewaan kerana dihantui masa silam. soalan saya..bagaimana cara utk
menyucikan hati...membersihkan hati..di luar waktu solat..fikiran sy sering
sedih dan kecewa..
Jawapan hamba Allah :
Setiap
hari berjuta2 sel2 didalam badan kita bertukar ganti, ada yg bertukar setiap
saat, ada yg beberapa hari dan ada yg beberapa minggu dan bulan, boleh
dikatakan selepas beberapa bulan keseluruhan badan kita yg kita
"tumpang" ini adalah badan yg baru. Akan tetapi dengan pemikiran yg
sama, kita akan tetap mempunyai perasaan yg sama, akan melakukan perkara2 yg
sama malah corak kehidupan kita juga akan tetap sama. Kita tidak boleh
mempunyai fikiran yg sama tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza.
Bagaimana
untuk mengalihan fikiran dari perkara2 silam? Caranya adalah dengan mengubah
persepsi kita terhadap apa yg telah terjadi. Sebenarnya semakin kita
mengingatinya, semakin kita melatih jaringan2 neuron diotak agar semakin kuat
dan jika kita tidak berhenti, ianya akan menjadi suatu kebiasaan dan amat sukar
lagi dilupakan. Umpama belajar menunggang basikal, selepas dapat mengawal
imbangan, menunggang selepas itu sudah menjadi automatik, jika kes basikal itu
sesuatu yg baik, kes hidup dalam kesedihan akan membawa kita kearah yg lebih
teruk. Tidak dinafikan memang agak sukar untuk melupakan perkara tersebut
lebih2 lagi jika ianya diikuti oleh emosi, akan tetapi ianya bukanlah sesuatu
yg mustahil.
Sel2
hippocampus (bahagian otak yg berkait dengan pembelajaran dan mengenali benda2
baru) mengambil masa lebih kurang sebulan untuk bertukar baru, agak aneh juga
ubat2 untuk depression seperti Prozac mengambil masa yg lebih kurang sama untuk
memberi kesan, pemikiran yg baru akan memberi sel2 baru "input" yg
berlainan dan akan mula belajar perkara2 baru untuk difokuskan. Alhamdulillah,
puasa yg Allah perintahkan selama sebulan juga berkait rapat kerana jika kita
boleh belajar untuk bersabar selama sebulan, maka selepas habis berpuasa,
sifat2 sabar itu akan membentuk diri kita yg baru iaitu lebih bersabar.
Tiada
kejadian yg Allah jadikan itu tiada kebaikannya, sentiasa fikirkan, adakah
Allah yg kita sebuat2 "Ar rahim" itu sanggup menyakiti hambaNya yg
lemah ini?
Barangkali
kita menuju kearah yg salah didalam kehidupan dan Allah melencongkan kita
kembali kejalan yg benar atau pun jalan yg kita pinta (Al Fatihah 1:6)
Barangkali
kita pernah berdosa sebelum ini yg kita sudah terlupa (malaikat dibahu tidak)
dan Allah memberi balasan kepada kita semasa didunia lagi dan tidak diakhirat
kerana balasan diakhirat beribu2 kali amat dahsyat lagi berbanding didunia,(Al
Isra 17:7).
Barangkali
Allah ingin memberikan kita sesuatu yg lebih baik lagi dari apa yg kita ingini
tetapi tidak tercapai, ketahuilah bahawa hanya Allah yg tahu apa yg terbaik
buat kita. (Albaqarah 2:216)
Barangkali
Allah mahu menduga kita dan menguji tahap keimanan kita, ini berlaku juga pada
nabi2. (Al Ankabut 29:2)
Malah
jika apa yg terjadi adalah disebabkan kelalaian kita sendiri yg terpengaruh
dengan bisikan syaitan, bukankah Allah itu maha pengampun? Dimana iman kita?
Adakah hanya percaya Allah itu tuhan tetapi tidak percaya Allah itu akan
sifat2Nya?
Jika
kita ubah persepsi kita terhadap apa yg terjadi kepada semua2 kebarangkalian
tersebut, kita akan mempunyai corak pemikiran yg berbeza, berbeza corak
pemikiran, jaringan2 neuron diotak yg berlainan akan berfungsi, ini akan
memberi maklumat yg berlainan kepada badan baik dari signal kimia emosi mahupun
melalui saraf. Hasilnya apabila sel2 badan membahagi dua kepada sel2 yg baru,
sel2 ini akan mendapat arahan yg berbeza, mengubah perlakuan baik dr minda
sedar mahupun minda separa sedar dan membina kembali tubuh dengan kumpulan sel2
baru.
Solat
yg khusuk dan fokus kepada bacaan dan pergerakan, melatih minda sedar dan minda
separuh sedar untuk menjadi satu. Kita tidak boleh berkata aku mahu berubah
akan tetapi hati masih teringat perkara lama, umpama solat dengan minda
berkhayal ketempat lain jadi apabila diluar solat, amat payah untuk berubah
dari melupakan apa yg telah terjadi.
Bersangka
baiklah kepada Allah, apa yg terjadi itu ada kebaiknya yg kita tidak nampak
lagi, bersedih dan merungut menyesali apa yg terjadi hanyalah menunjukkan
ketidaksyukuran kita terhadap apa yg Allah rencanakan untuk kita, yg mana sudah
semestinya yg terbaik. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment