Kursus : HE23 : Kewangan Islam Perkongsian : Hormat-menghormati sesama insan ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Perkongsian : Hormat-menghormati sesama insan

Perkongsian : Hormat-menghormati sesama insan


Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, seminggu yang lalu telah kita paparkan mengenai Matlamat Seorang Muslim...dan pada Jumaat lepas kita sama-sama berkongsi mengenai hukum memberi ucapan pada perayaan kaum lain. Setelah membuat telaha'an, kita dapati bahawa ucapan itu menjadi suatu kewajaran. Hal ini bukanlah menampakkan bahawa kita meredhai suatu kekufuran, tetapi sebagai langkah menghormati kaum lain.

Allah berfirman : “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).

Ini merupakan dalil bahawa kita boleh memberi penghormatan yang baik. Dan ingatlah bahawa menghormati tidaklah sama seperti menyerupai.

Secara logiknya, negara kita adalah sebuah negara yang komunitinya terdiri daripada masyarakat yang berbagai bangsa. Maka dengan itu, ada baiknya kita menghormati suatu kaum.

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?"
Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Wallahu'alam~
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More