Kursus : HE23 : Kewangan Islam Selamat Bercuti Kepada Seluruh Warga UMSKAL ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Selamat Bercuti Kepada Seluruh Warga UMSKAL

Selamat Bercuti Kepada Seluruh Warga UMSKAL





Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Saya MOHD FARIS BIN ABDULLAH, selaku mahasiswa UMSKAL yang juga Presiden Sekretariat Masjid sesi 2010/2011 (SM10/11) dan juga mewakili saf-saf Sekretariat Masjid ingin mengucap selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa kampus KAL.

Pohonan jutaan maaf daripada kami kepada para mahasiswa/i UMSKAL andai ada salah dan silap kami selama ini. Sememangnya tidak dapat kita sangkal bahawa tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan, bak kata pepatah : bumi mana yang tak ditimpa hujan. Kami mendoakan kejayaan kita semua dan berharap semoga kita dapat bertemu lagi di semester hadapan.

Seperti yang semua sudah maklum bahawa cuti semester kita kali ini sangat panjang, kami dari pihak Sekretariat Masjid mengingatkan kepada semua agar cuti ini dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Janganlah masa yang lapang diisi dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Masa itu tidak dapat kita putar kembali dan akan berlalu jauh sebagaimana Imam Ghazali berkata kepada anak muridnya bahawa insan yang hebat pun tidak mampu mengulangi kembali masa, yang ada hanya kenangan.

Saudara/i mahasiswa/i,

Banyak pengalaman berguna yang mungkin boleh kita timba selama cuti semester ini. Jadilah antara insan-insan yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan mentaliti agar kita terarah untuk lahir sebagai mahasiswa/i yang bukan hanya Berjaya di dunia, tetapi di akhirat jua.

Dengan kesempatan ini, tidak lupa juga kepada bakal graduasi yang akan konvo. Selamat melangkah ke alam pekerjaan. Akhir kalam, walau apa sekalipun perkara yang ingin kita lakukan, perbetulkan niat dan jayakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah.

******

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera…
Saya NORHAZLINDA BINTI ABDUL ALI, selaku Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWANI) Sekreteriat Masjid 2010/2011 & wakil saf kepimpinan Sekretariat Masjid, ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung kepada seluruh warga kampus UMS-KAL khususnya kepada mahasiswa/i kampus.

Saya berharap semoga kepulangan ke kampung pada cuti semester kali ini mendapat keberkatan dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, dan tidak lupa juga agar menjaga keselamatan diri sepanjang musim cuti berlangsung. Sekali lagi saya & saf kepimpinan SM yang lain ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dan memohon maaf seandainya ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang semester ini dan seterusnya insyaAllah.

Terimalah pantun dari saya khas buat anda semua:

Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari kepadi,
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.

Sekian, Terima Kasih. Wassalammualaikum…

Aslih nafsak wad’u ghairoh
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More