Kursus : HE23 : Kewangan Islam Rahsia Solat/Sembahyang ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Rahsia Solat/Sembahyang

Rahsia Solat/Sembahyang

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat-sahabat kampus,

Saat ini Sekretariat Masjid ingin berkongsikan suatu perkara yang mungkin kita tidak tahu selama mana kita menunaikan solat sebagai insan mukmin di muka bumi Tuhan. Sahabat-sahabat, ALLAH tidak akan menjadikan suatu yang kita lakukan secara ikhlas sebagai perkara yang sia-sia. Yakinlah sahabat-sahabat, bilamana ALLAH memerintahkan sesuatu kepada kita seperti mengerjakan solat, berpuasa dan lain-lain, pasti ada hikmah dan kelebihan yang mahu diberikan kepada hamba-hambaNYA.


Sahabat-sahabat,

Bila kita melakukan solat secara khusyuk, insyALLAH...pelbagai faedah yang kita peroleh. Antaranya, di setiap gerak laku dalam solat seperti senarai di bawah.

Niat >
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

Berdiri Betul >
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

Takbiratul Ihram >
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

Fatihah >
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur

Rukuk >
Sebagai tikar kita didalam kubur

Iktidal >
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur

Sujud >
Memagar kita ketika menyeberangi titian siratul mustaqim

Duduk Antara Dua Sujud >
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

Duduk Antara Dua Sujud (akhir) >
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar

Tahiyat Akhir >
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur

Selawat Nabi >
Sebagai pendinding api neraka didalam kubur

Salam >
Memelihara kita didalam kubur

Tertib >
Akan pertemuan kita dengan Allah

Jadi, dalam dalam setiap pergerakan hendaklah kita lakukan secara khusyuk dan bersungguh-sungguh. Segala yang dikongsikan juga adalah peringatan sesama kita. Wallahu'alam bissawab~
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More