Kursus : HE23 : Kewangan Islam Ziarah Makam ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Ziarah Makam

Ziarah Makam


Apakah berziarah kubur itu dilarang? Apakah hadis yang menjadi dalilnya? Dan Apakah berdosa orang yang berziarah ke makam wali songo?

Hukum ziarah ke kubur itu asalnya adalah sunnah, kerana Rasulullah S.A.W. telah menganjurkannya,

عَنِ بُرَيْدَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا

Dari Buraidah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda; “Dahulu aku melarang kalian berziarah kubur, sekarang silakan berziarah” (HR. Muslim)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ « اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى فِى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِى أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِى فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Dari Abu Hurairah, r.a. ia berkata. Nabi saw berziarah ke makam ibundanya lalu baginda menangis, dan membuat orang-orang yang ada disekitar baginda ikut menangis, lalu baginda bersabda; “Aku telah memohon izin kepada RABB ku untuk meminta ampunkan kepadanya, tetapi Allah tidak mengizinkanku. Dan Aku meminta izin untuk menziarahi makamnya, lalu Dia izinkan aku (untuk menziarahi), maka berziarahlah kalian ke kubur, kerana ziarah itu akan mengingatkan kepada kematian (HR Muslim)

Hadis yang pertama menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melarang ziarah kubur. Setelah melihat adanya manfaat yang rajih di dalam ziarah ini maka baginda memerintahkan para shahabat untuk berziarah kubur. Perintah di dalam hadis ini disimpulkan oleh para ahli sebagai sunnah, bukan wajib.

Sedangkan hadis kedua menjelaskan bahawa di dalam berziarah kubur ada hikmah untuk mengingat kematian. Selain untuk mengingat kematian ziarah kubur juga untuk mendo’akan orang yang sudah meninggal. Di antara do’a yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. adalah;

عَنْ عَائِشَة قَالَتْ قُلْتُ كَيْفَ أَقُولُ لَهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « قُولِى السَّلاَمُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَلاَحِقُونَ

Dari ‘Aisyah r.a. bahwa ia bertanya kepada Nabi SAW: “Bagaimana pendapatmu kalau saya memohonkan ampun untuk ahli kubur ? Rasul SAW menjawab, “Ucapkan: (salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada ahli kubur baik mu’min maupun muslim dan semoga Allah memberikan rahmat kepada generasi pendahulu dan generasi mendatang dan sesungguhnya -insya Allah- kami pasti menyusul) (HR Muslim).

Demikianlah ziarah yang benar.
Namun sekarang ini ada orang yang berziarah bukan untuk mendo’akan mayat, dan juga bukan untuk mengingat kematian. Mereka berziarah kerana ingin mendapatkan kelancaran reziki, ingin dikabulkan do’anya, bahkan ada yang ingin mendapatkan nombor ekor. Lalu mereka memohon kepada mayat, agar mendo’akan mereka yang masih hidup. Ada lagi yang meyakini dengan mendo’akan mayat yang shalih, maka orang yang ada didekatnya akan mendapat limpahan pahala dan pengabulan do’anya. Ini semua adalah ziarah kubur yang menyimpang, dan pelakunya boleh menjadi musyrik.

Setiap orang yang meninggal ada di dalam alam barzakh. Alam yang tidak terhubung dengan alam dunia, mana mungkin mereka boleh berkomunikasi dengan manusia yang hidup di dunia. Orang yang sudah meninggal tidak lagi boleh berdo’a, sehingga ia perlu dido’akan, mengapa harus meminta kepada orang yang sudah meninggal?. Manusia tidak ada yang boleh dipastikan masuk syurga, jika tidak ditegaskan oleh ALLAH S.W.T. atau RasulNYA sebagai penghuni syurga, dari mana munculnya keyakinan mendo’akan orang soleh lalu yang mendo’akan di dekatnya akan ikut mendapat limpahan pahalanya?

Demikian juga halnya berziarah ke makam wali songo. Asalnya adalah boleh. Tetapi boleh menjadi haram kalau cara berziarahnya menyimpang. Bahkan boleh menjadi musyrik. Seperti orang yang berkeyakinan jika telah berziarah ke makam wali songo tujuh kali, maka sama dengan berhaji di Baitullah. Selain penyimpangan dalam bentuk kemusyrikan yang telah dijelaskan di muka, bersusah payah untuk pergi ke makam wali songo juga merupakan salah satu penyimpangan. Untuk itu dalam berziarah tidak perlu susah-susah pergi ke makam wali songo yang jauh. Kalau kebetulan dekat dengan makam walisongo silakan. Apalagi kalau sampai rela bersusah payah untuk ziarah makam tetapi enggan bersusah payah untuk solat berjama’ah di masjid.

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Rasulullah melalui Abu Hurairah;
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِى هَذَا وَمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

Janganlah kalian bersusah payah melakukan suatu perjalanan, kecuali menuju ke tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan Masjid al-Aqsha (HR Muslim)

Hadis ini melarang kita melakukan perjalanan yang berat, kecuali untuk mengunjungi ketiga Masjid tersebut. Larangan ini juga memasukkan larangan untuk bersusah payah untuk berziarah ke makam-makam.
Wallahu'alam
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More