Kursus : HE23 : Kewangan Islam Muhasabah Diri ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Muhasabah Diri

Muhasabah Diri


Pernah tak sahabat renungkan….betapa kita tak sanggup bangun buat solat sunat pada waktu malam tapi…sanggup tak tidur malam sebab nak siapkan assignment. Tahukah sahabat sekalian, Ibnu Sina…studynya disulami dengan zikrullah. Apabila terasa buntu segera bangkit dan segera solat sunat 2 rakaat untuk minta petunjuk daripada ALLAH S.W.T. tapi macam mana dengan kita??..........

Study disulami dengan lagu-lagu lagha…kononnya lebih mudah masuk ke otak. Apabila buntu, terasa otak sudah tepu, mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.

Tetapi apabila ditanya, pandai berkata-kata. Jika belajar diniatkan kerana ALLAH, insyaALLAH akan mendapat pahala. Agak-agaknya kerana ALLAH ke kita dengar lagu Siti Nurhaliza, Sheila On 7, Misha Omar dan sebagainya? Atau kita niatkan kerana ALLAH bila menatap majalah Remaja, URTV, Mangga dan sebagainya? Atau kerana ALLAH kita menonton The Eye 10, Art Of Evil dan lain-lain???

Apabila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula Tanya diri sendiri …..apa silap aku? Solat tak pernah dikerjakan bila waktu solat nak habis. Tak pernah pulak dating dan berkasih-kasihan. Tetapi…sedar tak sahabat-sahabat bahawa maksiat itu luas pengertiannya?
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More