Kursus : HE23 : Kewangan Islam Muhasabah Diri 2 ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Muhasabah Diri 2

Muhasabah Diri 2


Firman Allah (Isra’:14)

اقرأ كتبك كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا

MaksudNya: Bacalah kitab (suratan amal)mu, cukuplah engkau sendiri,pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang engkau lakukan) Pentingnya muhasabah untuk kita Selain daripada Tuntutan Aqidah ( Arahan Allah dan Rasul) dengan muhasabah juga kita dapat mengetahui Kelemahan atau kekurangan dan kekuatan diri kita untuk Persediaan Memperbaiki diri atau keluarga dan organisasi di samping dapat Melahirkan keinsafan & membentuk insan yang bersyukur. Dengan muhasabah kita akan Meningkatkan usaha atau amalan untuk bekalan di akhirat nanti. Adakah anda telah Menyebut Nama Allah ketika bangun tidurMenunaikan solat subuh berjemaah di MasjidMembaca Zikir harian di waktu subuh atau pagi Memulakan hari ini dengan berdoa kepada Allah untuk mencari rezki yang halal Memohon Kepada Allah supaya di masukkan ke dalam syurga (3 x)Memohon Perlindungan dari azab Neraka 3xMemastikan solat lima waktu berjemaah di masjid pada waktunya Melakukan solat sunat rawatib & Tatawwu’ setiap hari Membaca Wirid dan doa setiap kali selepas solat dan azanMentadabbur Tentang ayat-ayat yang dibaca serta khusyu’ dalam solat.Bertaqwa kepada Allah dalam setiap pekerjaan,makan / minum & pakaian Memuji Allah atas nikmatnya IslamMemuji Allah atas nikmat pandangan, penglihatan hati & nikmat lainMerebut peluang berdoa Kepada Allah di saat-saat yang Mustajab Membaca / mempelajari / menghafaz dan mengamalkan hari ini dengan satu ayat al-Qur’anMembaca,mempelajari,menghafaz & beramal dengan satu hadith Rasulullah s.a.w Mempelajari Sesuatu kefardhuan & menghadiri majlis ilmu Menjaga pendengaran, penglihatan dan pancaindera anda daripada yang haram Berselawat Kepada Nabi Muhammad s.a.w hari iniMenziarahi Orang Sakit hari iniMenguruskan JenazahMenyuruh Yang Ma’aruf dan mencegah kemungkaranMemberi Nasihat Kerana AllahMenolong/membantu muslim/orang lainMenyempurnakan janji & menepatinya Mengikhlaskan diri dalam setiap amalan samada zahir atau batinBesederhana ketika miskin dan kayaMenyambung hubungan dengan sesiapa juga yang memutuskan hubungan dengan andaBerlaku adil ketika marah dan suka semasa ridhaMemaafkan orang yang menzalimi andaMenjadikan diam sebgai berfikir, cakap sebagai zikir. Pandangan sebagai pengajaran.Berlaku kasih dan benci kerana AllahMemberi hadiah untuk menyatukan hati & berziarah menambah kasih sayang Berfikir untuk menjauhkan rakan jahat & memilih rakan yang baik Memelihara perkenalan dengan rakan yang baru dikenali kerana AllahBerusaha menjauhi daripada banyak ketawa Menangis kerana takut kepada AllahBeristighfar memohon keampunan Kepada Allah daripada dosa dan kesalahan Berdoa Kepada Allah supaya memantapkan hati anda kepada agamaMemohon ampun untuk mukmin & mukminat.Bersedekah kepada para fuqara’ & orang-orang berhajat Memberi salam & senyum di hadapan saudara muslim Meninggalkan sifat marah kerana nafsu dan tidak marah melainkan kerana AllahMenyucikan hati anda daripada penyakit ( iri hati, khianat, dendam, dengki, riya’ & takabbur).Membersihkan lidah anda daripada dusta, umpat, mencela, berbalah, cakap yang sia-sia.Mendidik diri dengan prasangka baik (syukur,lembut, sabar,warak,qonaah, tawakkal).Berkata : Inna Lillah wainna ilaihi rajiuun, ketika ditimpa musibah.Berdoa dengan doa ini: 1. اللهم انا نعوذبك ان نشرك شيئا نعلمه ونستغفرك لما نعلمه Menjaga Sunnah Nabi meliputi perkataan dan perbuatan Mengingati mati, kubur & hari akhirat serta kedahsyatannyaBerpuasa (isnin, khamis & 3 hari sebulan).Membaca doa khas (masuk & keluar masjid, bilik air, makan & ketika berpakaian).Menunaikan hak & kewajipan ke atas: 1. Diri & Harta 2. Kedua ibubapa 3. Isteri & Anak 4. Kaum Kerabat & Jiran 5. Dakwah Kepada Allah Menunaikan tugas, kerja & Amanah yang diberikan dengan baik serta sempurna.Mendirikan amalan malam hari, hari jumaat ( mandi, wangian,pakaian, bacaan al-Qur’an)Menutup hari ini dengan taubat Nasuha, istighfar dalam keadaan khusyu’ Kesan Positif Muhasabah Diri Kita akan lebih mengenali diri sendiri dan tahu dan kenal Pencipta, Tahu apa tujuan diciptakan atau tujuan hidup dan tugas kita sebagai manusia, Ke mana akhirnya kita? Apa Kesudahannya? , Hidup kita lebih bermakna dan berguna, Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera, dan Negara Maju Jaya. Mengakui kekurangan diri yang perlu kepada perubahan dan peningkatan untuk menjadi insan yang soleh (yang mampu menjadi contoh ikutan). Setiap manusia perlu muhasabah diri bagi meningkatkan Qualiti keimanan, ibadat,amalan & penghayatan. Bekalan untuk kehidupan dunia dan akhirat. Ganjaran berlipatganda & bersesuaian bagi setiap orang yang sentiasa bermuhasabah diri di sepanjang kehidupan.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More