Kursus : HE23 : Kewangan Islam ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » »


Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan kepada semua...Tidak terlambat lagi rasanya pihak SM menabur kata. Sememangnya tidak dapat dinafikan, terlalu banyak rintangan yang terpaksa dilalui, walaupun cuti selama 4 bulan. Hal ini adalah kerana, perjuangan bukan hanya di laman blog sahaja, tetapi perjuangan harus diteruskan di persekitaran dimana kita berada. Alhamdulillah, kerana ALLAH memberi kesempatan untuk menyusun butir kata pada kali ini. Nampaknya, sudah seminggu Ramadhan berlalu. Janganlah kita sia-siakan peluang yang Allah berikan pada kita.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Kita diberi peluang untuk mengumpul sebanyak mana pahala. Ketika bulan ini, ALLAH membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga dan menutup serapat-rapanya pintu neraka. Sahabat-sahabat, dengan sifat ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, DIA memberi peluang kepada kita sebagai hambaNYA untuk memohon keampunan. Cuba kita fikirkan. Sebenarnya, peluang inilah yang menjadi bukti bahawa begitu Maha Pengasih dan Penyayangnya ALLAH kepada kita. Sahabat-sahabat, sama-samalah kita mengejar keberkatan yang kaya pada bulan ini. Jangan jadikan puasa sebagai suatu beban, tetapi jadikanlah puasa sebagai satu ujian yang penuh kenikmatan kerana ketika ini jugalah didikan dari ALLAH dalam bentuk kesabaran akan lahir dalam diri dan jiwa kita.


Nikmat Puasa :
Pada pagi hari menahan lapar dan dahaga mengisinya dengan kerohanian.

Nikmat Solat Tarawih :
Pada malam hari menghadap Tuhan yang Esa dengan rohani yang khusyuk bersama keimanan, kehambaan dan ketaqwaan.

Begitu nikmatnya bulan Ramadhan ini nikmat yang tiada terhingganya terasa insaf, terasa diri adala hamba, terasa asyik, terasa berTUHAN dan terasa cinta.

Wassalam~
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More