Kursus : HE23 : Kewangan Islam Hukum Pemerintah vs Hukum Hudud ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Hukum Pemerintah vs Hukum Hudud

Hukum Pemerintah vs Hukum Hudud

Hukum hudud adalah hak ALLAH yang merangkumi ; sariqah ( rompakan bersenjata ) , hirabah ( mencuri ), zinah /liwat ( 4 orang saksi yang bukan fasik), qazaf ( Penuduh zinah/liwat tanpa 4 saksi yang bukan fasik ) , syurb ( arak ) dan murtad ( di hukum bunuh jika enggan taubatan nasuha setelah dinasihati berkali-kali ).

Jenayah syariah di atas tiada di laksanakan di Malayisa samada di mahkamah tinggi ‘syariah’ apalagi di mahkamah sivil yang diturunkan ke atas umat Islam. Yakni, ‘English Common Law” di perturunkan kepada anak emas dan anak didik British yang mengekang kebebasan perlaksanaan hukum hudud , kisos dan ta’azir, oleh pemerintah thoghut nasionalis sekular, yang berkuasa di era mutakhir ini.

Sementara Qisos adalah hak manusia yang bersabit kes pembunuhan dan pencederaan (‘battery’) ke atas mangsa. Ini adalah kerana si pembunuh boleh dilepaskan jika mendapat keampunan daripada pewaris si mati berserta dengan pembayaran ganti rugi yang setimpal dengan penyaraan keluarga si mati. Di sinilah keadilan Islam bukannya pemerintah yang berhak memberi keampunan kepada si pembunuh tetapi waris yang sebenarnya yang berhak.

Namun hak ALLAH, yakni, hudud tiada boleh di buat rayuan kepada pemerintah untuk meringankannya kerana itu hak ALLAH dan hukumannya adalah qat’ie ( mandatory) . Dalam kes Kartika , penghakiman tiada berdasarkan syariat Islam kerna hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau , bukannya hukum hudud, atau kisos atau ta’azir tetapi hukuman syariat parti pemerintah yang di ubahsuai sendiri dengan tangan-tangan pemerintah. Di dalam Al- qur’an dalam surah al- maidah, secara terang-terangan dan jelas ( ‘crystal clear’) tanpa sebarang keraguan langsung bahawa pemerintah yang berhukum dengan bukan syariat Islam, di kategorikan oleh Yang Empunya Hukum ( ‘The Absolute Law Giver’) sebagai kafirun, zolimum atau fasikun, dimana ketiga-tiga ini tidak boleh dipisahkan.

Dalam hal syurb ( arak ) mengikut hukum hudud atau syariat Islam yang sebenarnya, yang asli mengikut Al-Qur’an ( ‘The Last Testament’) adalah sebatan 40 kali ( minima) atau 80 kali ( maksima). Manusia ( pemerintah ) tidah berhak sama sekali untuk mengambil hak ALLAH dalam perundangan yang sudah pun ditetapkannya dengan memberi fasiliti membuat rayuan kepada si pesalah jenayah syariah.
Wang denda sebanyak RM5,000 ke atas Kartika oleh mahkamah tinggi ‘syariah’ Kuantan tidak boleh menebus dosanya di akhirat kelak, walaupun dengan sebatan 6 kali, jika dilaksanakan memberikan kesan yang sama kerana itu bukan Hukuman daripada sang Pencipta yakni ALLAH( Hudud) tetapi merupakan hukuman hasil buatan manusia melalui tangan jahat mereka terhadap hukum ALLAH.

Justeru itu, yang boleh menanggung dan tertanggung dosanya di akhirat kelak adalah penguasa atau pemerintah yang menolak Hudud sebagaimana yang berlaku sebagai bukti ke atas Kartika di akhirat kelak, kerana beliau bersedia dan redha di hukum dengan hukuman yang Maha Pencipta dan Yang Empunya Hukum , iaitu sebanyak 40 kali sebatan . Bukannya dengan hukuman ciptaan manusia.

Oleh yang demikian, adalah menjadi dosa besar bagi orang-orang Islam yang menaikkan pemerintah yang sedemikian rupa yang telah melakukan dosa subahah menjadikan orang yang menolak Hudud, Kisos dan Ta’azir sebagai penguasa umat Islam yang sekaligus mengekalkan pula ‘British Common Law yang mengatasi hukum Hudud , Kisos dan Ta’azir yang di paksakan ke atas umat Islam dengan ke'thoghut'an mereka. oleh itu sebagai umat ISLAM, kita harus menaikkan dan mengpraktikkan Hukum ALLAH yakni hukum Hudud, hukum yang sebenar2 hukum.

Namun seperti yang sedia maklum , kerajaan pusat di kuasai oleh parti nasionalis sekular yang mengekang perlaksanaan hudud melalui perlembagaan persekutuan dan ugutan mageran. Insya Allah , jika anda beriman dan mahu Hudud di laksanakan , berkewajipan bagi anda untuk menggunakan tangan ada memenangkan dan memerdekakan Islam untuk memelihara maruah Islam , umat Islam dan tanah air daripada penjajahan bentuk baru (“Neo-Colonialsm), yang membelenggu dan mengongkong kebebasan Islam dan ummah untuk memilih Islam dan meletakkan Kanun Jenayah syariah pada kedudukan dan tempatnya yang sebenar .

Kes Kartika boleh dijadikan ‘iktibar bagi orang yang beriman dan bijaksana untuk menilai setelah lima dekad merdeka dariapda kolonial British , namun kita masih lagi belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya . disebabkan oleh ‘Neo Colonialisme” meragut kemerdekaan rakyat melalui akta dayus dan operasi( “ Draconian Law ‘).

Namun, bagi kes Kartika ini, layak mendapat penghormatan daripada seluruh umat Islam Satu Malaysia dan dunia kerana keinsafannya bertaubat untuk kembali kepada syariat Islam demi untuk menebus dosa beliau di akhirat kelak sekalipun yang berjalan adalah common law. Itu bukan persoalan beliau , tetapi persoalan yang akan tertanggungjawaban oleh parti pemerintah di hadapan Rabbul Jalil nanti. Masyarakat majmuk bukannya alasan kerana Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan bukan Islam boleh ‘opt ‘kepada ‘Civil Law”.

Hudud adalah bertujuan untuk menghapus dosa si pesalah di akhirat kelak , mendidik ummah dan mencegah kemungkaran. Justeru, rotan yang diguna-pakai itu pendek , tidak tebal dan menyebat sederhana sahaja , tidak boleh melebihi bahu mengangkat tangan; ibarat si bapa merotan si anak( berusia sembilan tahun) yang enggan solat dengan penuh kasih sayang dan mendidik sebelum ia akhir baligh tanpa sebarang kecederaan dan bisa di tonton di khalayak yang bisa memberi kesan psikologi mencegah kemaksiatan zina, qozaf( 80 kali sebatan) syurb( minum arak) dan lain-lain.

kesimpulannya, selagi hukum hudud tidak di laksanakan ke atas umat Islam, Maka semua umat Islam berada di dalam keadaan subahah dan berdosa selama mana mereka itu redha dan menyokong syariat common law di kekalkan oleh Penjajahan Bentuk Baru ( kesinambungan thogut, sekular British). Dengan kesedaran dan keinsafan kendiri dan taubat nasuha, taubat yang sebenar2nya kerana telah membiarkan selama lima dekad Islam , ummah dan tanah air terus berada di dalam cengkaman qorun kroni, di jajah oleh penguasa thoghut sekular . Laksanakanlah tanggungjawab anda kerna tangan yang menyokong itu pastinya akan dipersoalkan oleh ALLAH di akhirat kelak, Lakukannya semata-mata ‘lilLahi Robbil ‘alameen’ sebagai memenuhi tuntutan Jihad Fi Sabilillah dalam Satu Malaysia.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More