Kursus : HE23 : Kewangan Islam Selamat Datang Kepada Semua Warga Kampus ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Selamat Datang Kepada Semua Warga Kampus

Selamat Datang Kepada Semua Warga Kampus


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah. Mari kita panjatkan seinfiniti kesyukuran pada Illahi kerana dapat lagi kita bertemu dan sama-sama untuk meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu Allah. Kami dari seluruh saf pimpinan Sekretariat Masjid 2010/2011 mengucapkan selamat kembali kepada seluruh warga kampus yang kini bakal melanjutkan pelajaran pada tahun kedua dan tahun ketiga. Selamat datang juga diucapkan kepada semua junior yang akan melanjutkan pelajaran di bumi UMSKAL.




Kepada insan yang kembali ke kampus,

Inilah masanya kita menambahkan lagi kemampuan dalam semester baru untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab melaksanakan tugas selaku insan bergelar mahasiswa. Tanggungjawab yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu dari segi pelajaran malah dari segi pembentukan sahsiah diri, kematangan dalam berfikir. Mari kita tambahkan lagi sinergi pemikiran kita dalam mengharungi hari-hari yang penuh cabaran untuk menjadi insan bersahsiah mulia dan bestari.

Semestinya, mahasiswa/i yang baru melangkah kaki masuk ke alam kampus begitu gembira dan mungkin juga teruja dengan situasi persekitaran yang baru. Berbagai-bagai ragam yang wujud apabila mula kuliah nanti. Di kampus jugalah kita akan memahami erti hidup sebenar yang mungkin sebelum ini belum pernah kita ketahui. Hal ini kerana, kehidupan di zaman persekolahan adalah berbeza dengan kehidupan kampus.

Semoga kita berhasil menjadi seorang mahasiswa berkualiti dan beriman. InsyaALLAH...


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More