Kursus : HE23 : Kewangan Islam Salam Imtihan kepada Seluruh Warga UMSKAL ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Salam Imtihan kepada Seluruh Warga UMSKAL

Salam Imtihan kepada Seluruh Warga UMSKAL



Kami dari saf-saf kepimpinan Sekretariat Masjid UMSKAL, mengucapkan salam imtihan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
Semoga usaha anda semua mendapat keberkatan dan hasil yang baik.

"Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepadaNyalah kamu meminta pertolongan”.
Surah al-Nahl ayat 53.

Sesungguhnya, ALLAH akan memberi apa yang sahaja kamu mohon padaNYA. Janganlah kita berputus asa untuk terus memohon pertolongan.



Sahabat-sahabat sekalian, jangan kita persiakan masa dan peluang yang ALLAH berikan. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa masa itu emas. Imam Ghazali ada berkata kepada anak muridnya. Dia berkata kepada anak-anak muridnya, apakah yang paling jauh dari kita..? Anak-anak muridnya ada yang menjawab, bulan, bintang, matahari, angkasa dan lain-lain. Imam Ghazali berkata pada anak-anak muridnya, bahawa semua yang dijawab oleh mereka itu adalah benar. Namun, Imam Ghazali memberi jawapan yang paling tepat. Masa adalah suatu yang sangat jauh. Walau sehebat mana kita, profesor, angkasawan, perdana menteri mahupun raja, kita tetap tidak boleh mendapatkan masa kembali. Kerana masa yang berlalu tidak akan kembali.



Sahabat-sahabat,
Berusahalah sehabis baik dan ingatlah, bahawa nilaian ALLAH bukan pada hasil, tetapi pada usaha.. Wallahu'alam bis sawab~
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More