Kursus : HE23 : Kewangan Islam Tips Solat Khusyuk ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Tips Solat Khusyuk

Tips Solat Khusyuk


Solat khusyuk adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, sebagaimana firman ALLAH SWT;

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Telah beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang di dalam solatnya mereka khusyuk (al-Mukminun:1-2)

Selain itu jika orang boleh khusyuk, maka solat akan terasa ringan, sebagaimana firman ALLAH SWT;

وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan sesungguhnya ia (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (al_baqarah:47)

Kerana itulah banyak orang merindukan solat khusyuk.
khusyuk ertinya adalah tenang dan merendahkan diri. Demikianlah yang diungkapkan oleh ibnu Taimiyah. Adapun solat khusyuk ertinya adalah solat yang disertai dengan perasaan merendahkan diri di hadapan ALLAH SWT, dan dilaksanakan dengan tenang dan toma’ninah.

ada beberapa hal yang harus diperhatikan supaya boleh khusyuk, dalam solat;

1- Melakukan persiapan dengan sebaik-baiknya. Banyak hal yang termasuk ke dalam persiapan solat ini, di antaranya; menirukan azan, membaca doa setelah azan, menyempurnakan wudhu disertai doanya, memakai pakaian yang bersih, membaca zikir, pergi ke masjid dengan tenang dan tidak tergesa-gesa, menanti imam dan meluruskan shaf serta merapatkannya.

2- Toma’ninah dalam mendirikan solat.

3- Tadabbur (merenungkan) erti ayat yang dibaca, Tadabbur tidak akan dapat dilaksanakan kecuali dengan mengetahui erti apa yang dibaca. Dan agar sempurna tadabburnya, maka dalam membaca ayat hendaklah perlahan dan ayat demi ayat.

4- Mengarahkan pandangan ke tempat sujud. Dan jangan memandang ke langit
Nabi bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يَرْفَعْ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ

“Jika salah seorang di antara kalian sedang solat, maka janganlah mengangkat pandangan matanya ke langit (ke atas).” (HR. Imam Ahmad).

5- Membaca zikir-zikir yang masyru’ setelah solat. Karena boleh membantu untuk lebih khusyuk dalam hati dan menguatkan barakah solat yang telah didirikan.

6- Jangan lakukan solat berhampiran dengan hidangan atau di depan gambar-gambar yang boleh mengalih perhatian.

7- Hindarkan solat dalam keadaan menahan buang air ataupun yang sama dengannya.

8- Elakkan dari melakukan gerakan yang tidak perlu di dalam solat.

wallahu'alam.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More