
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, “Bersabda Rasulullah; Tidak berhimpun suatu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid ALLAH SWT , lalu mereka membaca Al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat ALLAH SWT serta dilingkungi para malaikat dan ALLAH SWT menyebut tentang mereka dikalangan nabi dan malaikat di sisi-NYA .”
(Sahih Muslim).
Bersabda Nabi Muhammad s.a.w., “Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati ALLAH SWT dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.”
Firman ALLAH SWT; “Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau di dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud:120)
Diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam.” Berkata al-Iraqi, “Hadis ini sahih sanadnya.” Diriwayatkan Turmizi , bahawa sahabat-sahabat nabi Muhammad s.a.w. tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah Al-Quran dan zikir, melainkan selepas menikmati jamuan.
0 comments:
Post a Comment