Kursus : HE23 : Kewangan Islam Perutusan Pembukaan Semester 2 oleh Presiden SM 10/11 ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Perutusan Pembukaan Semester 2 oleh Presiden SM 10/11

Perutusan Pembukaan Semester 2 oleh Presiden SM 10/11

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalammualaikum waramatullahi wa barakatuh dan salam perpaduan…

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafaqkan rasa kesyukuran kita ke hadrat LILLAHI kerana dengan limpah dan kurniaNYA, dapat kita berjumpa lagi pada semester baru ini, berserta dengan azam dan cita-cita yang baru.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, tabie’, tabie’in, serta seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dan yang masih bertebaran di seluruh dunia memperjuang dan meneruskan dakwah Islamiyyah.

Setiap mahasiswa yang belajar pasti menginginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Tahun berganti tahun, semester berganti semester, namun azam yang lalu masih ada lagi yang belum dicapai. Oleh itu, marilah kita sama-sama merealisasikan azam yang tidak tercapai pada tahun lalu, di samping itu, menambahbaikkan lagi mutu diri kita agar menjadi insan yang kamil, insyaALLAH. Tidak dilupakan juga, ucapan tahniah kepada semua mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang pada semester lalu, dan kepada yang tidak berjaya, janganlah berputus asa dan teruskanlah usaha. Sesungguhnya kejayaan itu ada di mana-mana, tetapi hendaklah dengan tekad dan usaha yang jitu serta istiqomah.

Akhir kalam, saya Mohd. Faris b. Abdullah selaku Presiden Sekretariat Masjid Al-Hikmah UMSKAL, mewakili saf kempimpinan Sekretariat Masjid sesi 2011/2012 mengucapkan selamat tahun baru dan selamat meneruskan pengajian serta perjuangan kita di bumi KAL yang tercinta, insyaAllah.

“Buang yang keruh, ambillah yang jernih”




MOHD FARIS B. ABDULLAH
Presiden Sekretariat Masjid Al-Hikmah UMSKAL 10/11
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More