Kursus : HE23 : Kewangan Islam Tips Puasa ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Tips Puasa

Tips Puasa


Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
1) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
2) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
3) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
4) Kurangkan kadar makanan dari biasa
5) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
6) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
7) Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
1) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
2) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
3) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
4) Mengulangi makan sepanjang malam.
5) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
6) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
1) kopi dan teh.
2) Air paip masak yang tidak ditapis.
3) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
4) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan.
5) Merokok .

sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More