Kursus : HE23 : Kewangan Islam ALLAH Ada, ALLAH Lihat ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » ALLAH Ada, ALLAH Lihat

ALLAH Ada, ALLAH Lihat


Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya memberitahunya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.
Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"
Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.

MORAL & IKTIBAR
-Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain
-Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
-Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya
-Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar
-Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya
-Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.
-Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil.
-Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior .

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.
Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah."
-Saidina Abu Bakar As-siddiq
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More