Kursus : HE23 : Kewangan Islam Pro-Mahasiswa mendapat kemenangan besar di UMSKAL ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Pro-Mahasiswa mendapat kemenangan besar di UMSKAL

Pro-Mahasiswa mendapat kemenangan besar di UMSKAL


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini, bertaubat atas segala kesalahan yang telah dilakukan, mencari serta mengumpul bekalan-bekalan untuk di akhirat kelak, berjuang pada jalanNYA dan yang sama waktu dengannya, tidak lupa, selawat serta salam keatas junjungan kita yang di muliakan ALLAH s.w.t. Rasulullah s.a.w., seluruh keluarga baginda, sahabat2 baginda dan para muslim yang memperjuangkan Islam.
Alhamdulillah,Pro-Mahasiswa telah mendapat kemenangan besar di UMSKAL baru-baru ini, mahasiswa akhirnya telah mengeluarkan suara mereka bahawa, mereka ingin kebajikan mereka dijaga oleh mahasiswa sendiri, sesuai dengan slogan yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa itu sendiri ‘Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa’, tahniah dan takziah kepada calon-calon Pro-Mahasiswa iaitu saudara Herry anto b. Hasanudin dan saudari Nurul Aida bt. Abdul Aziz kerana berjaya merangkul kedua-dua kerusi umum yang dipertandingkan di UMS-KAL, saudari Paezah bt Andilala dan saudari Khairul Bariyah yang telah menang di kerusi sekolah SPKAL, saudara Dg. Husin dan saudara Razali yang telah menang di kerusi Jakmas Alpha, dan saudari Nur Farahana bt. Alim Pandita di kerusi Jakmas Beta, diharap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik, dan hak-hak mahasiswa dapat diperjuangkan insyaALLAH, dan pada masa yang sama tidak lupa tanggungjawab mereka kepada yang Maha Esa.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More