Kursus : HE23 : Kewangan Islam Gerhana Bulan 10/12/2011 ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Gerhana Bulan 10/12/2011

Gerhana Bulan 10/12/2011

Menurut FalakOnline, fasa gerhana akan bermula jam 7.31 petang 10 Disember 2011. Tetapi, kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam kerana ketika itulah bayang-bayang bumi menjadi gelap (umbra) akan kelihatan. Fasa Gerhana Penuh akan kelihatan sepenuhnya pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Dalam tempoh ini keadaaan bumi akan menjadi gelap gelita. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Gerhana merupakan satu kejadian atau petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Gerhana juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya sama ada dari penghayatan iman mahupun sains.

Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya >> “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah!”



Cara Mengerjakannya:

> Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

"Aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala!"

1. Solat dua rakaat yang boleh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah.

2. Solat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.

Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal, berdiri semula, baca Al-Fatihah, rukuk dan iktidal lagi, kemudian terus sujud sebagaimana biasa.

Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti pada rakaat pertama.

Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali rukuk, 4 kali membaca Al-Fatihah dan 4 kali sujud.

Bacaan Al-Fatihah dan surah dalam solat gerhana bulan boleh dinyaringkan. Dan, pada tiap-tiap rakaat, disunatkan membaca surah yang panjang.

Jika solat gerhana itu dikerjakan seperti solat biasa iaitu dua rakaat dengan dua rukuk maka sah solatnya.

Untuk Gerhana Bulan kita lakukan Solat Khusuf. Solat ini hukumnya sunat muakkad. Tempoh melakukan solat Gerhana Bulan ialah mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan nampak penuh.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More