Assalamu'alaikum wbt dan Selamat Hari Raya Aidil'adha 1432H
Kami dari saf kepimpinan Sekretariat Masjid, ingin mengucapkan Salam Aidil'adha dan salam pengorbanan buat semua warga kampus Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
Bagi sahabat kampus yang tidak dapat kembali ke kampung halaman, janganlah bersedih.
Tatapan buat insan bergelar anak :
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
** Janganlah ketiadaan kita dari sisi ibu bapa di hari berbahagia yang penuh pengorbanan membawa "sumbangan" kepada peningkatan dosa bilamana kita yang tidak berkunjung pulang, sibuk menguruskan perkara-perkara lagha dan bermaksiat. Maka selaku anak, impikanlah untuk menjadi insan soleh, kerana jika kita tidak mampu atau tiada kesempatan untuk membalas jasa ibu bapa, sekurang-kurangnya dapat "menyumbang" pahala kebaikan pada insan yang melahirkan dan berkorban untuk diri kita.
Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil'adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Sepertimana sirah pengorbanan, Nabi Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Wahai Tuhanku, Yang Maha Memaafkan...
Dari jauh kami memohon...
Ampunan untuk dua insan yang punya pengorbanan yang tinggi pada diri kami.
Ya ALLAH, ampuni mereka, jauhkan mereka dari azabMU...
Ya ALLAH, murahkan rezeki mereka, peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami dari kecil,
Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Mendengar,
Kasihilah kedua ibu bapa kami...
Amin.
Home »
» Salam Aidil'adha, Salam Pengorbanan...
Salam Aidil'adha, Salam Pengorbanan...
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan
klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website
0 comments:
Post a Comment