Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud; “ Sesiapa yang meninggalkan sembahyang atau bermudah-mudahan dengannya nescaya diseksa Allah S.W.T dengan LIMA BELAS perkara.
“Enam perkara di dunia, tiga di waktu matinya, tiga perkara di dalam kuburnya dan tiga perkara di hadapan Tuhannya di akhirat nanti.Lalu sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia ini?
“Jawab Rasullullah S.A.W
(1) Dibuang Allah S.W.T berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing
(2) Tidak mendapat kebahagian sejati
(3) Hidupnya diibarat seperti busa atau air buih di atas permukaan air mengikut arus aliran air.
(4) Diangkat Allah S.W.T berkat pada rezekinya walaupaun mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.
(5) Diangkat padanya tanda orang yang soleh. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu ditakuti mati dalam kekufuran. (6) Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah S.W.T dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak ke langit.
“Bertanya lagi sahabat: Ya Rasullullah, apa seksa pada waktu matinya? Jawab Rasullullah S.A.W:
(1) Dimatikannya dalam keadaan hina
(2) Dimatikan dalam keadaan lapar
(3) Dimatikannya dalam keadaan sangat dahaga, iaitu jika diberi minum air tujuh lautan sekalipun, tidak hilang rasa dahaganya.
“Bertanya lagi para sahabat, apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah? Jawab baginda:
(1) Disempitkan tubuhnya hingga sempit dua tulang rusuknya
(2) disuruh Allah S.W.T dua malaikat untuk menyeksanya sehingga hari
Kiamat.
(3) Yang menyeksakan orang yang meninggalkan solat itu ialar ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsani dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.
“Pada tangannya itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isya’ dan Isya’ hingga Subuh.
“Maka tiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga tujuh puluh hasta lalu diangakat dengan kukunya permulaan, begitulah seterusnya hingga ke hari Kiamat.”
Home »
» 15 PERKARA SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
15 PERKARA SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan
klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website
0 comments:
Post a Comment