Kursus : HE23 : Kewangan Islam Peristiwa Israk Mikraj ~ Sekretariat Masjid (SM) UMSKAL
Home » » Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada, yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dan dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. lalu dadanya dijahit dan dimaterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selepas itu didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk Rasulullah S. A. W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat yang mulia dan bersejarah Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah) Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Rabbul-Arbab dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah S.W.T. dan Muhammad S.A.W.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan tersebut baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More