Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda,
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik!
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan
jemaah....
Macammana..?
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman."
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya, kedua lelaki hanya membawa mesin-gun, dia tak kata pun nak bunuh, tapi generasi skrang,amat lemah, baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi."
"Lawak, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja, tu pun bila time sembahyang jumaat, tunjuk muka kat org kampung, ada tu lagi dashyat setahun 2 kali sahaja
bila time sembahyang raya."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn 'boyfriend' atau 'girlfriend' berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."
"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama"
Lawak kan ??? Kenapa gelak? tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka blog ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak??
"fikir2 kan dan renung2kan..."
wallahu'alam.
Home »
» Renungan
Renungan
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan
klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website
0 comments:
Post a Comment