Jangan sengaja lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka
Kalau TERtidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar )
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas ditempat kerja
Banyak buruk dari baiknya.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
Kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia
Kerana entah esok atau lusa mereka mungkin telah tiada.
Jangan mengumpat sesama rakan dan jiran tetangga
Nanti rosak persahabatan, hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap pekerjaan kita
Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk menderma
Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan bercakap bohong
Takut nanti dikalangan orang munafik kita tergolong.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia
"TOLONG MENOLONGLAH KAMU DALAM (MENGERJAKAN) KEBAJIKAN DAN TAQWA DAN JANGAN TOLONG MENOLONG DALAM BERBUAT DOSA DAN PELANGGARAN "
[AL-MAIDAH : 2 ]
0 comments:
Post a Comment